Civic dan Myvi dihempap pokok tumbang, mangsa selamat

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat pokok tumbang menghempap kereta Honda Civic dan Perodua Myvi yang diletakkan di jalan berkenaan hingga menyebabkan remuk dan rosak," kata kenyataan itu pada Jumaat.
 

Menurut kenyataan itu, pokok tersebut tumbang susulan anging kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.

 

Tambahnya, anggota bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang," katanya.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala…
Berita Domestik
  Sebelum itu pada Selasa lalu,  mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan…
Berita Domestik
  Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.17 petang mengenai kejadian tersebut…