Civic Type R milik warga Singapura hilang dicuri dari SkyAvenue, Genting Highlands

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga Singapura terpaksa berputih mata apabila jentera Honda Civic Type R miliknya hilang sewaktu bercuti di Genting Highlands, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Mothership.sg, warga Singapura bernama Damien (28 tahun) itu meletakkan keretanya di kawasan parkir SkyAvenue di Resorts World Genting.

Kawasan parkir yang besar itu juga turut dikongsi dengan First World Hotel, lokasi di mana Damien dan teman wanitanya bermalam pada hujung minggu 15-17 Julai bersama enam lagi rakannya.

Damien mendakwa beliau meletakkan keretanya berdekatan lobi lif di B3A apabila tiba di hotel pada tengah hari 15 Julai.
 

civic type r


Namun keesokan harinya (16 Julai), beliau mendapati kereta Civic Type R miliknya lesap ketika mahu keluar ke Gohtong Jaya untuk makan malam.

Beranggapan mungkin Damien tersalah ingat lokasi parkir kereta, Damien dan rakannya kemudian menaiki sebuah kereta untuk mencari Civic Type R tersebut di kawasan parkir, malah beliau turut meminta pihak pengurusan untuk membantu mencari kereta tersebut.

Lebih mengecewakan apabila Damien mendakwa pihak pengurusan First World Hotel tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya berhubung kes tersebut.

"Apabila kami melaporkan kes kecurian tersebut, mereka sekadar menjawab: Oh kereta awak hilang? Buat repot polis, kehilangan barangan bukan tanggungjawab kami."
 

Civic


Berdasarkan semakan CCTV oleh pasukan polis, mereka berjaya menemukan rakaman kereta Damien yang dipandu keluar menuruni Genting Highlands sekitar jam 2.43 pagi (16 Julai).

Sebuah lagi rakaman CCTV menunjukkan kereta yang dibawa lari itu keluar dari kawasan parkir SkyAvenue dengan mengekori rapat sebuah kenderaan lain.

Menurut Damien, berdasarkan rakaman CCTV, tiada sebarang tanda-tanda pecah masuk dikesan pada keretanya, memandangkan pintu dan tingkap masih lagi berada dalam keadaan baik.
 

Civic


Lebih membingungkan Damien mendakwa beliau telah mengunci pintu, dan mengunci stereng secara manual dengan memulas penuh stereng selepas parkir bagi mengelakkanya daripada ditunda.

"Ini merupakan satu pengajaran yang mahal buat para pemilik kereta," ujarnya.

Sumber: Mothership

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek ditahan pada 27 Disember lalu susulan laporan seorang pengadu yang mendakwa kehilangan…
Berita Domestik
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri…
Berita Global
Siasatan polis mendapati remaja tersebut merupakan individu yang sama terlibat di dalam 39 kes…