Menerusi program ini, para penjual tayar dan pemilik bengkel akan menerima sokongan daripada Lim Tayar bagi memajukan lagi peniagaan mereka, terutama ketika pandemik yang masih lagi melanda Malaysia pada ketika ini.
Antara bantuan yang dimaksudkan termasuklah sokongan stok tayar, minyak enjin, alat ganti, bateri, sokongan pemasan, serta solusi operasi perniagaan yang menyeluruh.
Program LTF ini menawarkan faedah mirip francais, namun rakan bengkel diberikan kelonggaran untuk menawarkan perkhidmatan atau kepakaran yang berbeza, serta pelan pembiayaan yang flesibel untuk yuran pelesenan.
Sehingga kini, CKL Group mempunyai 18 pusat servis bertempat di sekitar Lembah Klang dan satu di Seremban.
Menurut Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group menjelaskan, "program ini diwujudkan untuk menawarkan bantuan kepada pemilik yang mahukan peluang perniagaan yang lebih baik.
"Lim Tayar merupakan salah satu pusat sehenti servis kenderaan terbesar di Malaysia. Bersama syarikat gabungan kami School of Skills yang menawarkan latihan teknikal vokasional, kami yakin dapat membantu rakan kongsi kami untuk membina kemahiran kakitangan mereka, serta mengurangkan masalah tenaga kerja yang dihadapi industri.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi https://family.limtayar.com.my/