Collosus - robot & sahabat baik pasukan bomba penyelamat

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tugas memadamkan kebakaran bukan satu kerja yang mudah, apatah lagi apabila melibatkan kes-kes kebakaran bangunan-bangunan lama bersejarah, seperti mana yang berlaku di Notre Dame de Paris baru-baru ini. 

Sebagai ahli bomba, mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar memadamkan kebakaran daripada semakin marak, selain menjadi perisai ketika sedang menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 

Namun, insiden Notre Dame de Paris sedikit mencuri tumpuan apabila pihak bomba dan penyelamat Paris menggunakan khidmat pertolongan daripada sebuah robot jentera pemadam api. 
 


Robot pemadam api ini bukan sahaja bertindak sebagai 'perisai', malah ia juga menggantikan tugas ahli bomba dalam usaha memadamkan kebakaran.

Ini bermakna, tugas bomba boleh ditumpukan dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 

Collosus dibangunkan oleh Shark Robotics, mempunyai berat sekitar 500 kg dan mempunyai rekaan modular supaya mampu untuk memikul beban seberat 550 kg lagi, termasuklah meriam air, peralatan tambahan dan pesakit. 
 


Sebagai sebuah robot pemadam kebakaran, Collosus juga boleh dilengkapkan dengan komponen tambahan seperti kamera thermal, kamera berdefinisi tinggi, kamera pandangan malam, alat pengesan gas kebakaran dan bull bar bagi memecahkan sesuatu halangan di tempat kejadian. 

Pihak bomba tidak perlu risau kerana robot Collosus ini mempunyai penarafan kalis air IP67, selain mampu beroperasi selama 6-8 jam secara autonomi di tempat kejadian tanpa sebarang bantuan daripada manusia.

Sumber: Shark Robotics

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem pengecasan EV nirwayar ini dikatakan mampu menawarkan kelajuan pengecasan yang sama pantas…
Berita Global
Dalam satu pengumuman yang dibuat baru-baru ini, Hyundai Motor Group dikatakan telah berjaya…