Continental kini 150 tahun dan ada promosi untuk pembelian tayar!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Continental 150 Years
Continental 150 Years
Di antara tayar yang berkualiti dan sedap untuk digunakan adalah Continental. Harganya pula munasabah dan sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.

Masakan tidak, Continental bukan syarikat biasa-biasa dan pada 8 Oktober 2021 syarikat yang berasal dari Hanover, Jerman ini menyambut ulang tahun ke-150!

Continental pada asalnya membuat produk berasaskan getah termasuk tayar untuk basikal dan hanya bermula dengan sekitar 200 pekerja .

Continental kini mempunyai hampir 200,000 pekerja di serata dunia dan bukan sekadar mengeluarkan tayar tetapi turut merangkumi komponen untuk pemanduan pemanduan autonomous yang canggih!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Continental 150 Years

 

Sempena ulang tahun ke-150, Continental ada sesuatu yang istimewa untuk anda dan penghargaan buat pengguna.

Baucar dompet elektronik Touch ‘n Go

Kita sekarang menghampiri hujung tahun dan tidak lama lagi cuti sekolah bakal menjelma. Bukan setakat itu, kerajaan juga memaklumkan rakyat sudah boleh merentas negeri.

Ada yang merancang untuk bercuti dan sebagainya dan sebelum berjalan jauh elok periksa kenderaan anda.

Kita sekarang menghampiri hujung tahun dan tidak lama lagi cuti sekolah bakal menjelma. Bukan setakat itu, kerajaan juga memaklumkan rakyat sudah boleh merentas negeri.

Ada yang merancang untuk bercuti dan sebagainya dan sebelum berjalan jauh elok periksa kenderaan anda.

 

Continental 150 Years

 

Jika tayar dah ‘cukup makan’ maknanya perlu ditukar segera dan kepada yang berhajat Continental ada tawaran istimewa.

Bermula dari 15 Oktober 2021 hingga 15 Disember 2021 Continental menawarkan baucar elektronik Touch n Go.

Pengguna yang membeli tayar Continental dari pengedar sah sepanjang tempoh tersebut akan menerima baucar dompet elektronik Touch ‘n Go seperti berikut:

Tayar saiz 14 inci hingga 16 inci:

  • RM20 baucar elektronik untuk dua buah tayar
  • RM40 baucar elektronik untuk empat buah tayar

Tayar saiz 17 inci dan ke atas:

  • RM50 baucar elektronik untuk dua buah tayar
  • RM100 baucar elektronik untuk empat buah tayar

Tayar motosikal:

  • RM10 baucar elektronik untuk dua buah tayar ContiCity / ContiStreet
  • RM10 baucar elektronik untuk sebuah tayar ContiMotion / ContiRoad / ContiSport Attack
  • RM20 baucar elektronik untuk dua buah tayar ContiMotion / ContiRoad / ContiSport Attack

 

Tayar Continental

 

Bagaimana nak tebus?

Sekarang kan dah banyak premis perniagaan atau pembelian dalam talian yang menerima pembayaran elektronik seperti Touch ‘n Go.

Selepas anda membeli tayar, imbas kod QR untuk melawat portal penebusan.

Di situ anda dikehendaki untuk memasukkan butiran yang diperlukan termasuk memuat naik bukti pembelian.

Perlu diingatkan bahawa setiap kad pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel yang digunakan hanya layak untuk menebus sekali sahaja.

Continental TnG e-voucher

Selepas selesai, baucar digital akan dihantar melalui SMS bersama dengan imej kod bar.

Seterusnya anda boleh menebus baucar tersebut untuk barangan terpilih. Mudah kan?

Kiranya beli tayar dapat diskaun dalam bentuk dompet elektronik atau tambah nilai (top-up) untuk aplikasi Touch ‘N Go anda.

Ada lagi keistimewaan, Continental buat CSR dengan Kechara Soup Kitchen

Kechara Soup Kitchen

Bukan setakat pembeli dapat baucar elektronik, golongan kurang berkemampuan juga menerima faedah.

Continental bekerjasama dengan badan kebajikan Kechara Soup Kitchen dan akan menderma untuk setiap penebusan yang berjaya.

Kechara Soup Kitchen adalah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan asas kepada golongan kurang berkemampuan.

Untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, Continental akan menderma seperti berikut:

Tayar kenderaan empat roda:

  • Kesemua jenis dan model tayar
  • Setiap dua buah penebusan tayar, Continental derma RM5.00

Tayar motosikal:

  • Tayar ContiCity, ContiStreet, ContiMotion, ContiRoad, ContiSport Attack
  • Setiap sebuah penebusan tayar, Continental derma RM5.00

Derma yang diterima dari Continental akan digunakan oleh Kechara Soup Kitchen untuk membekalkan pek makanan kepada keluarga yang memerlukan.

 

Kaedah CSR begini memang inovatif ibarat anda anda menderma sambil membeli dan di sebalik sambutan ulang ke-150 Continental juga ingin memberi balik kepada komuniti.

Untuk anda yang dah berhajat nak tukar tayar, sila lawati pengedar sah Continental dengan segera! Maklumat lanjut, sila layari www.continental-marketing.com.my

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…