Continental rai ulang tahun ke-150, dari pembuat 'penggilap kuku' kuda sehingga menjadi jenama tayar premium

oleh SALINA JALIL|
Continental, salah satu pembekal tayar dan teknologi automotif terbesar di dunia telah menyambut ulang tahun perniagaannya yang ke-150 baru-baru ini.

Syarikat ini ditubuhkan di Hanover, Jerman, pada tahun 1871.


Selama 15 dekad berikutnya, Continental telah berubah dari pengeluar tayar dan produk getah lembut untuk menjadi syarikat teknologi antarabangsa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

asal usul

 

 

Dianggarkan satu bilion pengguna mempercayai jenama Continental setiap hari!


Continental meraikan sejarah tersohor syarikatnya dengan kisah sejarahnya bagaimana ia menjadi pendorong kemajuan teknologi.


Sebelum kereta dicipta, syarikat tersebut bermula dengan membuat "penggilap kuku" kuda serta tayar padat untuk pedati dan basikal. 


Pada tahun 1904, Continental menjadi syarikat pertama di dunia yang memajukan tayar kereta dengan tapak bercorak.
 

 

Tahun 1908 pula tercipta rim yang boleh dipasang tanggal.


Pada tahun 1921, juga ulang tahunnya yang ke-50, Continental menghasilkan tayar trak komersial pertamanya.


Ia menjadi syarikat Jerman pertama yang menghasilkan tayar yang diperkuatkan dengan tali lentur, bukan dengan kain linen. 

 

detach rim

 

1927, enam tahun kemudian, ia melancarkan tayar traktor pneumatik pertama di Eropah.


Pada tahun 1955, Continental telah menjadi syarikat pertama yang mencipta 'air spring' untuk trak dan bas!

 

cardan truck


Mereka juga syarikat Jerman pertama yang memulakan pembuatan tayar kereta tanpa tiub, yang dipatenkannya selepas Perang Dunia II.


Menjelang tahun 1960-an, pengeluaran tayar jejarian yang meluas telah bermula; Continental telah menggaji 26,800 orang. 

 

 

Tahun 1967, Continental telah membuka trek ujian Contidrom yang masih digunakan sebagai standard global hari ini seiring dengan Uvalde Proving Grounds di Texas, di mana tayar diuji sejak tahun 1959.


Menjelang tahun 1988, saiz Continental hampir berganda dengan jumlah kakitangan seramai 45,900 orang di seluruh dunia. 


Ia telah memperolehi Uniroyal dan Semperit di Eropah, serta General Tire di Amerika Syarikat. 


Dalam 10 tahun berikutnya, Continental memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar tayar global dengan menambah tapak di Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, Eropah Timur serta Asia.


Kemasukan Continental Tyre di rantau Asia Pasifik bermula di Taiwan pada tahun 2001, ketika Continental menubuhkan entiti penjualan pertamanya di sana. 

 

 

Seterusnya mereka mengembangkan perniagaan ke Malaysia pada tahun 2003 di mana Continental AG menubuhkan syarikat usaha sama dengan Sime Darby Berhad sebagai Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. 


Perniagaan ini berkembang pesat dan dalam tempoh 3 tahun sejak ia ditubuhkan di Malaysia apabila Continental AG Jerman meningkatkan ekuitinya di Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. sehingga 70 peratus. 


Menjelang tahun 2012, ia berjaya membeli baki 30 peratus ekuiti dari Sime Darby Berhad dan Continental Sime Tyre Sdn. Bhd. kini 100 peratus dimiliki oleh Continental AG Jerman. 


Ia kemudiannya dinamakan semula menjadi Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd.

 

office


Sehingga kini, Continental Tyre Malaysia mempunyai lebih dari 2,500 pekerja dengan dua kilang pembuat tayar terbesar. 


Kilang-kilang tersebut membekalkan tayar untuk pelbagai negara di rantau Asia Pasifik termasuk Jepun, Hong Kong, Taiwan, Brunei, Indonesia, Thailand, Australia, Korea & banyak lagi.


Continental Tyres telah mencapai kemajuan besar dalam dua puluh tahun terdekat di rantau ini. 

Rantau APAC merupakan salah satu pasaran yang terus menjadi fokus utama Continental untuk pertumbuhan segmen penggantian dan tayar trak.


Continental telah diiktiraf sebagai pengeluar tayar premium sepanjang sejarahnya dan tradisi ini berterusan hingga kini, dan diperkembangkan dengan penambahan teknologi.

 

 

Kenapa logo Continental adalah seekor 'kuda berang'?


Continental mengambil idea "kuda berang" sebagai logonya sekitar tahun 1875. 


Ia bermula dengan seorang doktor haiwan tempatan bernama Hartmann yang mencipta "penggilap kuku" yang dibuat daripada getah lembut untuk mencegah kuda dari tergelincir di permukaan berais. 


Beliau memiliki paten ciptaannya, manakala Continental mengeluarkan dan mengedarkannya.


Sesungguhnya, kepentingan kuda secara meluasnya berpunca dari syarikat Continental di Hanover, Jerman; kuda lumba baka baik dengan nama yang sama adalah simbol tradisional di kawasan itu. 


Ia pertama kalinya muncul di Dukes of Brunswick-Lüneburg pada abad ke-14 dan masih digunakan hingga hari ini di negeri Lower Saxony, Jerman.


Kuda berang adalah salah satu 'tanda dagang' yang paling dikenali dalam industri automotif, ia melambangkan kekuatan, ketangkasan dan daya ketahanan. 


'Kuda' tersebut telah berevolusi selama bertahun-tahun, namun ia kekal menjadi simbol ikonik jenama Continental.

 

 

Secara ringkasnya revolusi pembuatan tayar Continental tiada tandingannya, saksikan video ringkas di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…