Continental sedang hasilkan bateri kompak untuk skuter elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Gergasi komponen automotif Jerman, Continental telah mengumumkan ia sedang menghasilkan bateri kompak khusus untuk skuter dan basikal elektrik. Kerjasama Continental dan syarikat bateri Varta itu bakal melihat pek bateri 48 volt yang kompak dan boleh dialih. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bateri yang dinamakan V4Drive ini menggunakan teknologi sel lithium-ion dengan kebolehan caj pantas dan disasarkan kepada kenderaan dengan saiz skuter atau motosikal 125cc. 

Setiap sel mampu untuk perjalanan sejauh 50km dan menghasilkan 10kW tenaga, dan sel itu boleh digabungkan. Ini bermakna sebuah kenderaan boleh direka untuk memuatkan dua sel baterik kompak V4Drive untuk jarak perjalanan yang lebih jauh.

Seberat 9kg, sel bateri yang boleh dialih ini memudahkan pemilik-pemilik untuk mengecaj bateri di dalam rumah atau di dalam pejabat.

V4Drive ini mungkin akan mempunyai sistem dan dimensi yang sama dengan bateri kompak yang sedang dihasilkan oleh konsortium Honda, KTM, Yamaha dan Piaggio.

Jika satu dunia menggunakan bateri kompak dengan dimensi dan sistem yang sama, masa hadapan skuter dan motosikal elektrik adalah lebih cerah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…