Continental Tyre Alor Setar berjaya tamatkan Program Vaksinasi COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Kilang pembuatan tayar Continental di Kedah, Continental Tyre Alor Setar Sdn Bhd hari ini berjaya menamatkan Program Vaksinasi COVID-19 di mana para pekerja sudah pun mendapat suntikan dos kedua vaksin pada hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pencapaian ini melambangkan komitmen Continental terhadap perlindungan para pekerjanya, selain membantu ke arah pemulihan negara daripada wabak COVID-19.

Syarikat itu telah memulakan kempen vaksinasi pada bulan Ogos dengan suntikan vaksin secara percuma kepada seluruh tenaga kerjanya.
 

Continental


Menurut Noor Izwan bin Ismail, Pengurus Besar Continental Tyre Alor Setar berkata, "matlamat kami adalah untuk membolehkan tenaga kerja kami di kilang ini berupaya untuk menjalankan tugas dengan perlindungan penuh terhadap virus COVID-19.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan hari ini lebih 90 peratus daripada kekuatan tenaga kerja kami telah pun menerima suntikan vaksin yang kedua. Ini membolehkan kami berupaya untuk memulakan semula operasi pada September, selari dengan peraturan yang telah ditetapkan untuk syarikat pembuatan.

Selain daripada itu pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di fasiliti, setiap individu yang memasuki fasiliti Continental Tyre perlu membuat ujian Saliva Rapid Antigen terlebih dahulu.