Continental Tyre tawar promosi eksklusif sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, Continental Tyre Malaysia bakal menawarkan promosi eksklusif untuk para pelanggan yang memerlukan tayar baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain tayar jenama Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk jenama anak syarikatnya, iaitu rangkaian produk Dunlop dan Viking yang popular di kalangan pengguna kenderaan di Malaysia.

Sempena pelancaran semula Total Confidence Plan (TCP, Program Waranti Tambahan) baru-baru ini, Continental telah memperluaskan program itu kepada kedua-dua tayar jenama Dunlop dan Viking bersaiz 14 inci dan ke atas, bermula 1 Ogos 2023.

Antara faedah dan perlindungan yang bakal dinikmati pengguna tayar jenama tersebut ialah:

  • Perlindungan bahaya jalan raya untuk tempoh 12 bulan pertama dari tarikh pembelian
  • Penggantian tayar 1 kepada 1
  • Aplikasi mudah alih yang memudahkan penyelesaian dan tuntutan melibatkan pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara

 

2

 

Bermula 17 Ogos hingga 30 September ini, anda perlu beli sekurang-kurangnya dua tayar jenama Continental, Dunlop atau Viking di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch&Go melalui aplikasi TCP.

Promosi itu terpakai untuk semua kereta penumpang, SUV, MPV dan 4x4 yang mempunyai tayar bersaiz 14 inci dan ke atas.

Promosi itu juga terhad kepada seorang bagi setiap pembelian mengikut nama, IC dan nombor telefon, sementara stok masih ada (tertakluk kepada ketersediaan).

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai kempen Merdeka tersebut, sila layari laman web Continental Tyre Malaysia. Untuk maklumat tentang TCP dan terma & syarat program pula, layari pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar kereta atau…
Berita Domestik
Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam negara ini…
Berita Domestik
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Continental of Taiwan, dan berpengalaman di…