CONTINENTAL TYRES TAWAR DUIT RAYA BERNILAI RM200 E-WALLET

oleh Firdaus Razani|
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, Continental Tyres meraikannya dengan promosi dan tawaran istimewa kepada pelanggan yang dihargai.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi pembelian tayar daripada jenama terpilih Continental, Dunlop dan Viking di seluruh negara.

Pelanggan akan layak secara automatik untuk menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP.

Tawaran istimewa tersebut terbuka kepada pelanggan baharu serta sedia ada sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri.

 

continental

 

Kredit Touch ‘n Go e-wallet tersebut hanya akan diterima oleh pelanggan selepas proses pengesahan dan status penebusan.

Total Confidence Plan (TCP), adalah pelan yang menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif kepada pelanggan untuk mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu.

Ia sekiranya berlaku kerosakan pada tayar jika berpunca daripada keadaan jalan yang tidak dijangka dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.

Pengguna Continental, Dunlop dan Viking boleh mendaftar dan menuntut waranti melalui aplikasi Conti TCP yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

 

continental

 

Tawaran terbaharu Continental akan tersedia dari 15 Mac hingga 30 April, dengan pembelian minimum dua tayar berjenama Continental dari 15” dan ke atas, atau dua tayar berjenama Dunlop dan Viking dari 17” dan ke atas.

Tawaran khas itu adalah untuk pelanggan daripada peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di Shopee dan Lazada rasmi Continental, kedai e-dagang untuk menebus kredit Touch ’n Go e-wallet sehingga RM200.

continental

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/promotion dan untuk butiran lanjut mengenai TCP, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/tyres-warranty/total-confidence-plan/.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Tayar ini memberikan prestasi pemanduan terbaik yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang…
Pelancaran
Continental SC7 menampilkan siri teknologi terkini seperti corak bunga adaptif yang boleh…
Berita Domestik
Total Confidence Plan merupakan pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh dari Continental bagi…