Continental, Volterio bangunkan sistem pengecasan EV robotik nirwayar

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula Volterio telah bekerjasama dengan Continental bagi membangunkan robot pengecasan automatik penuh untuk kegunaan kenderaan elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sistem pengecasan EV nirwayar ini dikatakan mampu menawarkan kelajuan pengecasan yang sama pantas dengan pengecasan menggunakan kabel.

Idea yang diutarakan oleh Volterio ini terdiri daripada robot pengecas yang dipasang di atas lantai garaj, dan pad pengecasan nirwayar yang diposisikan di bawah kenderaan.

 

EV


Menariknya, pad pengecasan nirwayar itu boleh dipasang secara retrofit pada mana-mana EV.

Memandangkan setiap orang memiliki skill parkir yang berbeza, sistem pengecasan nirwayar Volterio ini didatangkan dengan sistem komunikasi yang tersendiri, di mana robot pengecasan di lantai itu tadi akan melakukan pembetulan posisi supaya selari dengan plat pengecasan pada EV itu tadi sebelum proses pengecasan bermula secara automatik.

Volterio mensasarkan sistem pengecasan robotik berkuasa 22 kW untuk kegunaan rumah, serta solusi pengecasan pantas 50 kW untuk kawasan seperti parkir pusat membeli belah, stesen pengecasan, serta pejabat yang memiliki armada EV.
 

Volterio


Difahamkan, Volterio dan Continental bakal memperlihatkan versi pra-produksi sistem pengecasan robotik nirwayar ini menjelang pertengahan tahun, dan produksi massa bermula pada tahun 2024.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…