Contoh modifikasi Golf keterlaluan - nak isi minyak, kena bukak tayar belakang dulu

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang tidak patut anda buat pada sebuah kereta keluarga adalah dengan merendahkan suspensi ke tahap yang tidak masuk akal sehingga boleh menyusahkan diri sendiri (dan orang lain).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti contoh, Volkswagen Golf yang ditampilkan dalam artikel ini.

Ubahsuai stance yang diperlihatkan ini bukan sahaja melawan hukum fizik pengendalian Golf yang kita ketahui, malah ia juga turut dibuktikan menyusahkan pemilik untuk melakukan pengisian bahan api.

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @mkvtay, pemilik yang bernama Dante ini telah merendahkan ketinggian suspensi sehingga menyebabkan rim saiz gergasi itu mampu dimuatkan ke dalam arka roda belakang.

 

@mkvtay #fyp #static #carsoftiktok #foryoupage #vw #camber #volkswagen #stance #viral #cambergang #scrape #mk7 #gti #gas ♬ Me or Sum (feat. Future & Lil Baby) - Nardo Wick


Ini telah mencetuskan masalah di mana tayar belakang itu telah memakan sedikit ruang sehingga mengganggu komponen tangki bahan api Golf tersebut.

Solusinya? Membuang terus struktur yang menghubungkan corong pengisian bahan api kepada tangki, dan untuk membuat pengisian bahan api, Dante terpaksa mengangkat keretanya supaya tayar belakang boleh dibuka.

Bahan api pula hanya boleh diisi ke dalam tangki dengan menggunakan hos fleksibel dari bekas jeri, sebelum ia ditutup kembali dengan menggunakan pita pelekat.

Jika anda biasa layan video di Tiktok, terdapat cadangan yang lebih gila muncul di ruangan komen yang menyarankan pemilik mengalihkan corong pengisian bahan api ke bahagian kargo, sekaligus mengelakkan daripada terpaksa membuka tayar setiap kali mahu mengisi minyak.

Namun kami tidak sarankan anda berbuat demikian disebabkan wap petrol yang mampu meninggikan risiko kebakaran dan mendatangkan masalah kesihatan.

Sumber: Tiktok @mkvtay

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Hampir 200 buah kenderaan dengan modifikasi gaya "stance" dari kelab-kelab stance dan fitment…