Corolla Cross dipanggil semula di Australia, Amerika - masalah brek parkir elektronik, beg udara hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu SUV yang paling popular kini terlibat di bawah kempen panggil semula terbaharu di dua pasaran berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di Amerika Syarikat dan Kanada, kira-kira 109,806 unit Corolla Cross varian petrol tahun 2022-2023 telah dipanggil semula disebabkan oleh beg udara penumpang hadapan yang bermasalah.

Menurut Toyota, terdapat kesilapan pemasangan pada panel papan pemuka yang menghalang beg udara untuk terletus di dalam situasi yang memerlukan, sekaligus meninggikan risiko kecederaan atau kematian.
 

corolla cross


Sementara itu, Toyota Australia turut mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 1,258 unit Corolla Cross 2022-2023 disebabkan brek parkir elektronik yang gagal berfungsi.

Dalam satu notis, Toyota menjelaskan masalah tersebut berpunda daripada komponen brake actuator yang mungkin tersilap mengesan keadaan arus lampau pada brek parkir elektronik (EPB).
 

corfolla


Dalam keadaan ini, ia akan mengaktifkan mod failsafe, di mana lampu penunjuk kerosakan (MIL) akan menyala dan memaparkan mesej "Parking Brake Malfunction, Visit Your Dealer" pada skrin paparan berbilang maklumat, serta menghalang fungsi EPB daripada digunakan oleh pemandu.

Sekiranya kereta diparkir pada jalan bercerun tanpa meletakkan tombol gear pada posisi P, SUV tersebut boleh meluncur dan meningkatkan risiko kemalangan.

Kempen panggil semula Corolla Cross di Australia tidak melibatkan mana-mana model hibrid, disebabkan Toyota menggunakan program kawalan yang berbeza berbanding unit yang digunakan pada varian petrol.

Sumber: Carscoops, CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…
Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Perubahan utama boleh didapati pada model hibrid, di mana enjin 1.8 liter itu telah menerima modul…