Corvette alami masalah sama seperti Y-Suku

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejayaan model terbaharu Chevrolet, Corvette di dalam pasaran Amerika Syarikat membuatkan ramai di sana risau.

Ini ialah kerana harga jualan kenderaan di negara itu ditentukan oleh pengedar itu sendiri, dan bukannya oleh pengilang.

Corvette generasi terkini mendapat sanjungan dari semua media-media antarabangsa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia juga mendapat pujian dari rakyat US yang rata-rata bangga produk tempatan mereka sama bagus dengan kereta-kereta sport Eropah, tetapi dijual pada harga yang jauh lebih mampu milik.

Namun begitu, seperti model-model laku keras yang lain di sana, pengedar akan mula menaikkan harga kerana tahu pasaran akan tetap membayar lebih untuk mendapatkan produk tersebut.

Perkara tersebut sama dengan industri motosikal Malaysia yang mengamal pasaran terbuka, di mana harga jualan terpulang kepada pengedar dan tidak dikawal oleh pengilang.

Pengedar-pengedar motosikal tempatan diketahui menaikkan harga produk yang menerima sambutan hangat di pasaran.

 

 

Antara model-model motosikal yang pernah menjadi mangsa ialah Yamaha 135LC, Yamaha Y-Suku dan lain-lain.

Ramai dikalangan pembaca Careta yang meminta agar pengedar-pengedar ini "dihukum" dan meminta pengilang meletakan harga jualan.

Sayang sekali ada dua perkara yang bakal terjadi sekiranya harga motosikal dikawal oleh pengilang.

Pengedar tidak lagi boleh memberikan diskaun-diskaun istimewa. Contohnya, diskaun wang tunai serta kelengkapan menunggang diberikan percuma kepada pembeli.

Ini sering terjadi kepada model-model motosikal yang "sejuk".

Satu lagi sebab ialah berdasarkan pengalaman saya.

 

 

 

Jika pengedar menurut harga rasmi yang diumumkan oleh pengilang, akan ada pengguna-pengguna yang membeli produk itu untuk dijual semula kepada pembeli.

Pengedar-pengedar tahu ini akan berlaku, dan mereka berpakat dari menguntungkan pihak ketiga, baik mereka sendiri yang mengautnya.

Pasaran terbuka mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Di dalam dunia di mana ramai pengguna mahukan pilihan, pasaran terbuka membuatkan pengguna untuk "bekerja" dengan membandingkan tawaran antara pengedar-pengedar.

Ini akan menjadikan pengedar sendiri lebih berdaya saing dan lebih kompetitif. Bukankah itu yang kita mahukan? 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…