Corvette C8 tiru perangai Myvi, selamba redah banjir di Miami

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak kali cubaan berani para pemilik Perodua Myvi meredah banjir dirakam dan tular di media sosial.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampaknya, 'kembar jauh' Myvi berjaya ditemukan di Miami di mana sebuah Chevrolet Corvette Stingray C8 dirakam cuba meredah jalan yang ditenggelami air banjir di Miami.

 


Berdasarkan rakaman video, Corvette itu dengan beraninya meredah seksyen jalan dengan paras air yang menyamai hud depan dan percikan air yang hampir menghalang pandangan dari arah hadapan.

Rakaman video kedua pula memaparkan aksi Corvette dari arah sisi.

Klip kedua ini memperlihatkan bagaimana bahagian hadapan supercar mid-engine itu tenggelam sepenuhnya di dalam air, namun pemandu itu dilihat bijak mengekalkan kelajuan meredah air untuk mencipta gelombang haluan bagi mengelakkan air daripada memasuki liang sisi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…