Ini disebabkan pivot baharu ke dalam pasaran mewah, dan memenuhi keperluan jenama mewah, kata Kamelger.
Kunci utama kepada perkara ini adalah untuk mewujudkan perkongsian baharu serupa seperti Aston Martin dan Gordon Murray Automotive (GMA) untuk membina V12 yang pantas untuk supercar Valkyrie dan T50.
Mendorong ke arah pasaran mewah akan memberikan platform yang paling mampan, dan relevan sehingga masa hadapan, kata Gerald Forsythe, pengerusi baharu yang mengambil alih jawatan Hal Reisiger.
Beliau menambah bahawa sudah tiba masanya untuk membawa Cosworth "ke peringkat seterusnya".
Beliau berkata: "Kami tetap yakin bahawa enjin pembakaran dalaman mempunyai masa depan yang panjang menjana kereta dalam sektor mewah
“Dan sektor teras inilah yang kami lihat peluang paling banyak untuk pertumbuhan yang mampan." tambahnya.
Ditanya sama ada bateri EV Cosworth dan jenama powertrain PHEV - Delta Cosworth dan Cosworth Electronics - akan terjejas kerana tumpuan ICE yang lebih besar ini.
Kamelger berkata: "Kami akan terus melabur dalam teknologi baharu ini untuk memastikan syarikat itu berada di barisan hadapan dalam automotif."
Menjadikan enjin pembakaran tersebut “lebih tahan” untuk diselaraskan dengan pandangan awam dan pelanggan yang semakin meningkat adalah satu lagi tumpuan jenama.
Baca laporan penuh di AutocarUK