COVID-19: Bas ekspres dibenar beroperasi kapasiti penuh, tanpa had masa

oleh SALINA JALIL|
Bas ekspres dibenar beroperasi dengan kapasiti penuh dan tanpa had masa bermula semalam, tetapi wajib mengikut syarat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan membenarkan bas ekspres beroperasi tanpa had masa berikutan operasi mereka banyak membabitkan perjalanan malam sehingga ke subuh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bagaimanapun, katanya, setiap penumpang perlu didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

 

"Jika mereka (pengusaha bas) tidak mendaftar penumpang melalui aplikasi MySejahtera, mereka mesti mengambil nama dan nombor telefon setiap penumpang bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya ada perkara berkaitan COVID-19," katanya.

 

Sebelum ini, ramai pengusaha bas ekpres memohon kerajaan memberi kelonggaran tiada penjarakan sosial dalam bas ekspres bagi mengelak lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung mereka.

 

Sebelum ini, setiap bas boleh membawa sehingga 48 penumpang, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan menetapkan hanya boleh membawa 50 peratus penumpang iaitu 24 penumpang sahaja.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
"Bagaimanapun, nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh sementara untuk…
Informasi
Menurutnya, sebagai permulaan perkhidmatan bas MARA Liner itu akan dimulakan di Sarawak iaitu dari…
Informasi
Untuk perkhidmatan Rapid Rail, operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal daripada…