COVID-19: Bengkel, pusat servis, kedai alatganti dan pembuatan kenderaan untuk eksport sudah boleh beroperasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan enam sektor ekonomi kritikal yang boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enam industri itu termasuklah industri automotif tetapi tidak semua segmen yang dibenarkan.

Menurut siaran akhbar yang diterima, industri automotif ini hanya terhad kepada:

  • Proses pemasangan kenderaan untuk dieksport atau Unit Siap Pasang Sepenuhnya (CBU)
  • Peralatan dan komponen 
  • Perkhidmatan selepas jualan seperti penyelenggaraan


Ini bermakna segala aktiviti yang membabitkan pemasangan kenderaan dalam negara untuk tujuan dieksport dibenarkan untuk beroperasi.

Antara syarikat kenderaan yang mengeksport kenderaan ke luar negara ialah Perodua, Volvo, Mazda dan Peugeot.

Menurut Datuk Madani Sahari, CEO untuk MARii, agensi yang bertanggung-jawab untuk industri automotif negara, 60 peratus dari jumlah pemasangan kenderaan tempatan oleh Volvo adalah untuk dieksport.

"Ia juga bermakna mana-mana syarikat pembuat komponen yang terbabit dengan pemasangan kenderaan khusus untuk dieksport keluar adalah dibenarkan," terang beliau di dalam wawancara menerusi telefon bersama Careta.

"MITI juga membenarkan mana-mana pengusaha komponen automotif yang membekalkan komponen untuk dieksport untuk beroperasi.

Ini termasuk operasi alatganti baik-pulih (remanufacturing) dan sebagainya. Kita benarkan aktiviti untuk eksport beroperasi," sambungnya lagi.

Namun begitu, operasi pemasangan kenderaan tempatan seperti CKD nampaknya masih tidak dibenarkan. 

Bagi pengguna kenderaan pula, bengkel-bengkel dan pusat servis turut dibenarkan beroperasi. 

Kedai alatganti juga boleh dibuka kerana termasuk di dalam kategori kedai peralatan atau "hardware".

Antara sebab ia dibenarkan ialah berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

  • tahap kepentingan di dalam rantaian bekalan global dan eksport negara - menjamin kestabilan eksport
  • aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah (value-added multiplier) yang tinggi
  • impak ke atas kelangsungan PKS dalam sektor ekonomi, khususnya pembuatan dan perkhidmatan
  • jumlah tenaga kerja yang terlibat

Kesemua syarikat yang mahu beroperasi perlu memohon sendiri kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

Kami akan kongsikan sebarang perkembangan kelak. Klik pautan di bawah untuk siaran akhbar dari MITI.

Siarak akhbar MITI - Kebenaran Beroperasi Diberi Kepada Sektor Tambahan Bagi Melindungi Ekonomi Negara Pasca Covid-19

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…