COVID-19: Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja

oleh SALINA JALIL|
Berita dari Washington melaporkan bahawa Boeing akan mengurangkan tenaga kerjanya kira-kira 10 peratus berikutan ekonomi yang merudum disebabkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).


Ketua Pegawai Eksekutif, Dave Calhoun berkata, pihak syarikat terpaksa mengambil langkah itu disebabkan pengurangan pengeluaran dan kesan berterusan Covid-19, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kami telah mula mengurangkan jumlah pekerja kira-kira 10 peratus termasuk melalui pemberhentian secara sukarela," kata Calhoun dalam mesej videonya kepada kakitangan syarikat.

 

Boeing, syarikat aeroangkasa terbesar di Amerika Syarikat (AS) mengupah hampir 160,000 pekerja di seluruh dunia.

 

Sejak wabak mula melanda, 26 juta rakyat Amerika hilang pekerjaan dan pengurangan tenaga kerja oleh Boeing boleh memberi tekanan kepada ekonomi.

 

Ekonomi AS juga menyusut 4.8 peratus pada suku pertama dari Januari hingga Mac, penurunan terbesar sejak kemelesetan.

 

Sehingga Khamis, lebih sejuta orang di AS dijangkiti Covid-19 dan hampir 60,000 maut, menurut Johns Hopkins University.

 

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…
Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…
Berita Global
  Pada 2022 secara keseluruhan, Boeing menghantar sejumlah 480 pesawat komersial, iaitu…