COVID-19: BP rancang hentikan 10,000 pekerja

oleh SALINA JALIL|
BP Plc merancang untuk mengurangkan 10,000 pekerja, dengan kejatuhan harga minyak mempercepatkan langkahnya untuk mengecilkan operasi bagi beralih kepada tenaga lebih bersih.


Wabak COVID-19 menjejaskan pendapatan syarikat itu dan memaksa banyak syarikat lain untuk turut mengubah cara beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pesaingnya dari Eropah, Royal Dutch Shell Plc dilaporkan menawarkan pemberhentian sukarela dalam usaha untuk menjadi lebih kecil, manakala pesaing dari Amerika Syarikat (AS) Chevron Corp dan Marathon Oil Corp adalah antara syarikat lain yang memberhentikan pekerja.

 

BP akan memberhentikan 14 peratus tenaga kerjanya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bernard Looney dalam satu nota dalaman.

 

Langkah itu kebanyakannya akan memberi kesan kepada kakitangan yang bekerja di pejabat dan mereka yang memegang peranan kanan, dengan satu pertiga daripada 400 kedudukan teratas dijangka akan dikurangkan.

 

Looney, 49, memberitahu kakitangannya bahawa pengurangan pekerja itu sejajar dengan rancangan yang ditetapkan pada Februari lalu untuk mempersiapkan BP kepada pengurangan pelepasan karbon yang lebih mendalam.

 

 

Pada masa itu, beliau berkata, BP akan merombak modul perniagaan dan menggantinya dengan 11 kumpulan baharu.

 

"Saya rasa adalah tidak telus untuk tidak mencadangkan akan terdapat pemberhentian kerja sebagai sebahagian daripada program ini," kata Looney dalam wawancara dengan Bloomberg.

 

Bagaimanapun, pandemik dan kejatuhan harga minyak mentah mempercepatkan proses itu, menyebabkan syarikat itu untuk pergi 'lebih mendalam' pada peringkat ini berbanding apa yang kami sangka pada mulanya," katanya dalam nota kepada kakitangan.

 

"Memandangkan ada perubahan dalam struktur pelaporan, BP cenderung melakukan perubahan pada jumlah kakitangan, berbanding dengan Shell, yang sebahagian besarnya meneruskan operasi seperti sebelumnya," kata penganalisis Jefferies, Jason Gammel.

 

"Saya terkejut kerana jumlah pengurangan ini sangat besar."

 

Beberapa hari setelah menerajui BP, Looney mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyingkirkan pelepasan karbon daripada operasi dan pengeluarannya sendiri pada tahun 2050, selain mengurangkan pengeluaran yang dihasilkan oleh penggunanya.

 

Sejak itu, harga minyak jatuh karena pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan, memaksa pengeluar untuk mengurangkan perbelanjaan dan menangguhkan proyek.

 

Looney yakin bahawa krisis itu hanya mengukuhkan keperluan untuk 'mencipta semula BP' dan meneruskan cita-citanya dalam iklim baharu.

 

Bulan lalu, BP memulakan fasa kedua penyusunan semula, mengurangkan jawatan pengurus kanan kepada sekitar 120 orang daripada 250 orang.

 

Pelantikan baharu akan memulakan tugas mereka mulai 1 Julai ini dan meneruskan penyusunan semula, yang diharapkan dapat diselesaikan pada akhir tahun ini.

 

 

 

-Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…