COVID-19: Cara membasmi kuman pada kenderaan anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan adalah salah satu tempat di mana virus-virus COVID-19 mungkin boleh berada.

Walaupun ada yang mengatakan suhu melebihi 50-darjah Celcius mampu membendung virus itu dari menjadi efektif, tidak ada seorang pakar pun yang bersetuju bahawa ia akan benar-benar membendung wabak tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cara terbaik ialah masih dengan menggunakan bahan disinfektan (disinfectant) yang disapukan di permukaan objek dan kulit untuk membunuh virus tersebut.

Untuk pemilik kenderaan dan mereka yang membawa teksi, perkhidmatan pandu seru (Grabc contohnya) atau SoCar (kereta sewa)ataupun pemilik bengkel automotif, MARii ada mengeluarkan poster mencadangkan bagaimana kita boleh membasmi virus yang mungkin ada pada kenderaan.

 

 

MARii adalah sebuah agensi di bawah MITI yang bertanggung jawab kepada industri automotif, robotik dan IoT negara.

  1. Gunakan sarung tangan sebelum menyentuh kenderaan yang hendak dibasmi.
  2. Gunakan cecair disinfektan yang mengandungi alkohol atau bahan peluntur (bleach) sebagai kandungan utama (lebih dari 70 peratus).
  3. Baca label pada botol cecair disinfektan sebelum menggunakannya kerana ia mungkin sensitif untuk sesetengah bahan dalam kabin kenderaan.
  4. Sapu sedikit cecair disinfektan pada kawasan tersembunyi di panel kenderaan itu untuk meiaht samada ia akan melunturkan warna atau tidak (terutama bahagian kabin kerana ada plastik atau balutan kulit yang boleh berubah warna).
  5. Gunakan kain jenis micro-fibre agar ia tidak mencalarkan kenderaan (penting untuk bengkel-bengkel agar pelanggan tidak marah).
  6. Buka pintu atau tingkap bila membasmi kuman di dalam kabin kenderaan untuk mengelakkan anda sesak nafas akibat wap dari peluntur.
  7. Gunakan topeng muka yang baik semasa proses pembasmian dilakukan.

 

 

Bahagian-bahagian penting yang perlu dibasmi ialah:

  • Kunci kenderaan dan butang penggera
  • Cermin pandang belakang
  • Semua suis dan tombol di dalam kenderaan (pintu dan papan pemuka)
  • Tombol gear 
  • Tuil brek parkir
  • Papan pemuka
  • Pembuka ruang barang papan pemuka (glovebox)
  • Stereng dan panel meter (air liur dari batuk dan bersin banyak hinggap di komponen ini)
  • Daun pintu 
  • Pemegang pintu di luar dan dalam
  • Konsol tengah
  • Pembuka but dan tangki bahan api
  • Lain-lain kawasan yang sentiasa disentuh oleh pengguna kenderaan

Diharapkan proses pembasmian ini akan membantu agar kita sentiasa di dalam keadaan yang selamat semasa mencari rezeki, InsyaAllah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…