COVID-19: Dua unit caravan dipinjamkan kepada para petugas di Batalion 4 PGA

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu majlis penyerahan pinjaman 2 Unit Caravan Tanpa Obligasi kepada petugas-petugas Op Covid Shield (Op Nyah I Selangor) Batalion 4 PGA telah berlangsung semalam di Morib.

 

Sumbangan telah diterima oleh Supt. Zulafendy Bin Hassan, Pegawai Pemerintah Bn 4 PGA daripada Dato' Mohd Khairul dari Go Daddy Motorsport Autotrade Sdn Bhd dan En. Zainizam Hasan dari Akas Tekad Sdn. Bhd.

 

front

 

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada semua petugas-petugas Op Covid Shield (Op Nyah I Selangor) Batalion 4 PGA melalui Subtek Platun untuk diagihkan kepada semua petugas. 

 

Selepas majlis penyerahan Pegawai Pemerintah Bn 4 PGA juga turut membuat tinjauan/pemantauan di beberapa lorong-lorong tikus dan jeti-jeti haram bagi mengatur bentuk penugasan yang lebih efisyen.

 

Terima kasih GoDaddy Motorsport dan Akas Tekad di atas keperihatinan anda. Kepada barisan petugas di barisan hadapan, semoga Allah membalas budi dan pengorbanan anda dan terima kasih berkorban untuk kami rakyat Malaysia.

 

Gambar oleh Kpl Zahari Moni

--

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…