COVID-19: Ferrari hasilkan injap alat bantuan pernafasan

oleh Mohamad Hanif|
Di kilang Maranello, Itali, Ferrari telah pun memulakan langkah menghasilkan komponen injap alat bantuan pernafasan dan lekapan untuk topeng pelindung muka sebagai satu inisiatif membantu para pekerja kesihatan merawat pesakit coronavirus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Komponen yang dibuat daripadabahan termoplastik tersebut dihasilkan di fasiliti di mana kenderaan prototaip dibina menggunakan teknologi pembuatan aditif.

Manakala sesetengah komponen injap dibangunkan oleh pengeluar peralatan menyelam, Mares dan dibuat khas untuk dipasangkan pada topeng untuk mencipta satu topeng kecemasan bagi membantu pesakit yang menderita akibat kegagalan sistem pernafasan.

 


Sistem logistik projek ini dikawal sepenuhnya oleh Nuovamacut Gruppo TeamSystem yang turut sama membantu melakukan kajian bersama syarikat-syarikat lain bagi memastikan kejayaan projek ini.

Sebahagian daripada penghasilan komponen itu tadi akan turut disumbangkan kepada Solid Energy, di mana mereka akan menggunakannya untuk menukarkan topeng snorkel Decathlon menjadi alat bantuan bagi melindungi para pekerja daripada terdedah jangkitan coronavirus.

Dalam masa beberapa hari, Ferrari merancang untuk menghasilkan beberapa ratus unit peralatan perubatan kepada hospital-hospital di Itali, termasuklah di Bergamo, Genoa, Modena dan Sassuolo, serta kepada para pekerja di bandar Medicina, dekat Bologna.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…