COVID-19: Festival NISMO 2020 dibatalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Pasca PKP menyaksikan negara-negara di seluruh dunia mengambil langkah berhati-hati ketika menganjurkan sesuatu acara, terutama acara pelancaran ataupun pameran motor show.

Malah, Thailand selaku negara pertama yang menganjurkan motorshow pasca COVID-19 turut mengambil pendekatan yang berbeza bagi mengelakkan penularan virus di kalangan pengunjung dan pempamer.

Di Jepun, pihak pengurusan acara tahunan Festival Nismo membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran Festival Nismo 2020 yang ke-23 berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat pada Rabu (22 Julai).

 


Menurut Nissan, keputusan untuk menangguhkan penganjuran festival pada kali ini adalah bertujuan untuk mengelak penularan wabak COVID-19, serta memastikan keselamatan para peminat, pasukan yang mengambil bahagian, pempamer, serta pekerja Nissan dan Nismo.

Festival Nismo 2020 yang ke-23 dijadualkan berlangsung pada 6 Disember ini di Fuji Speedway.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini, Nissan dan NISMO membuat keputusan untuk…
Berita Global
Dijadualkan berlangsung pada acara tahunan NISMO Festival yang ke-22 pada 8 Disember ini, Nissan…