COVID-19: GoCar dan Shell tawarkan kereta dan minyak PERCUMA kepada barisan hadapan medik

oleh SALINA JALIL|
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, orang awam telah diarah supaya duduk sahaja di rumah. Walau bagaimanapun sekumpulan petugas di bahagian hadapan dikerah bertugas sepanjang masa.


Mereka adalah barisan hadapan medik yang telah mempertaruhkan nyawa mereka sendiri dan bekerja tanpa henti untuk memastikan keselamatan kita dan negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh barisan hadapan medik ini! Mereka perlu memberikan fokus sepenuhnya serta melayani pelbagai kerenah ragam pesakit dan bekerja lebih 15 jam di pusat-pusat perubatan terutama di hospital yang diwartakan sebagai hospital COVID-19.

 

Wira-wira di barisan hadapan medik ini tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri atau pun bersama keluarga apatah lagi bermesra dengan ahli keluarga kerana khuatir akan menyebarkan penyakit kepada ahli keluarga sendiri!

 


Menyedari cabaran dan pengorbanan barisan hadapan para medik ini serta menghargai jasa mereka, GoCar Malaysia dan Shell Malaysia ingin membalas jasa baik yang dicurahkan serta mengungkapkan terima kasih kepada mereka.


Dengan itu, GoCar Malaysia dan Shell Malaysia sebagai tanda sokongan, mereka ingin mengurangkan bebanan para petugas di bahagian hadapan medik dengan menawarkan kereta dan petrol PERCUMA untuk wira-wira ini.

 

Dengan sumbangan ini, anda tiada lagi mempunyai masalah untuk berulang alik ke hospital atau di mana sahaja anda bertugas.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…