COVID-19: Hanya satu beg kecil dibenarkan masuk kabin Air Asia

oleh HEZERI SAMSURI|
Semalam kecoh kerana ada penumpang syarikat penerbangan Air Asia yang tidak dibenarkan membawa masuk beg kabin ke dalam pesawat Air Asia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Astro Awani, Air Asia telah mengeluarkan garis panduan terkini berkaitan jenis bagasi yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin.

Ia dikemas kini pada hari Rabu lalu dan sekarang hanya salah satu dari tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan:

  • Komputer riba
  • Beg tangan
  • Beg kecil

Setiap penumpang hanya dibenarkan membawa salah satu dari tiga jenis beg di atas sahaja.

Beg itu juga perlu memenuhi tiga syarat ini:

  • Tidak boleh melebihi saiz 40 cm (ketinggian), 30 cm (lebar) dan 10 cm panjang.
  • Tidak boleh melebihi berat 7 kg.
  • Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan.

Namun begitu jika bagasi itu tidak dapat dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan, penumpang boleh mendaftar masuk bagasi itu secara percuma, asalkan ia tidak melebihi 7 kg.

 

 

 

Polisi baharu ini ialah kerana penggunaan ruang bagasi di atas tempat duduk tidak lagi dibenarkan bagi mengurangkan pergerakan antara penumpang dan anak kapal.

Diharapkan agar para penumpang boleh melakukan perancangan yang sesuai kerana tindakan Air Asia ini lebih kepada mengurangkan jangkitan coronavirus.

Untuk yang membawa komputer riba, cari beg yang lebh sesuai agar boleh diletakkan di bawah tempat duduk hadapan.

 

 

Beg kabin biasa yang beroda itu sebenarnya tidak sesuai untuk didaftar masuk ke ruang bagasi sebenar kapal terbang kerana ia tidak selasak beg bagasi sebenar. 

Pengendali bagasi kapal terbang tidak mempunyai masa untuk membelai setiap bagasi (kecuali yang bertanda Pengendalian Cermat Diperlukan), baik di mana-mana negara. Kerana itu beg bagasi ada yang berharga ribuan ringgit kerana ia kukuh dan boleh melepasi ratusan lapangan terbang tanpa rosak.

* Laporan asal dari Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  Terdapat lebih 350 syarikat penerbangan lain yang mengambil bahagian dan Qatar Airways berjaya…
Berita Domestik
  "Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching…
Berita Domestik
  Dengan menggunakan tangga pagar #Malindo antara yang mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat…