COVID-19 - jumlah jualan sektor automotif dijangka merudum

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah jualan kenderaan dijangka akan menjunam sebanyak 20 peratus pada tahun ini kesan daripada krisis COVID-19 yang melanda pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Affin Hwang Capital semalam, mereka menjangkakan jumlah jualan kenderaan pada bulan Mac dan April teruk terjejas disebabkan penggantungan sementara operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini. 

Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, kenderaan berjenama nasional mungkin sekali adalah pilihan yang terbaik menurut laporan itu lagi.

Selain daripada itu, nilai ringgit yang semakin susut akan memberikan impak yang negatif kepada sektor automotif, terutama sekali kepada jenama bukan nasional berikutan kos import bahan mentah yang semakin meningkat.

Sementara itu, MIDF Research turut menurunkan sasaran TIV kepada 581,376 unit daripada 605,375 unit yang diramalkan sebelum ini. 

 


"Kami kini menjangkakan penguncupan 3.8 peratus tahun-atas-tahun berbanding pertumbuhan 0.2 peratus tahun-atas-tahun yang dijangkakan sebelum ini, disebabkan nilai ringgit yang semakin lemah sekaligus memberikan kesan kepada peningkatan kos asas pembuatan oleh syarikat OEM.

"Bergantung kepada kadar lokalisasi, kami menjangkakan sekitar 9 peratus sehingga 20 peratus kos asas OEM terdiri daripada komponen yang diimport, kesan daripada turun naik kadar pertukaran matawang, khususnya dollar dan yen.

Kombinasi ringgit yang lemah serta permintaan yang menurun turut akan memberikan impak terhadap pendapatan sektor automotif. 

Malah, mereka turut menjangkakan pengurangan pendapatan sektor secara agregat sebanyak 24.1 peratus untuk tahun 2020 dan 24.2 peratus pada tahun 2021. 

"Ramalan risiko juga dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang melihatkan kepada situasi makro yang tidak menentu, walaupun dengan langkah fiskal dan kewangan yang telah diumumkan sebelum ini.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata demikian semasa melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama…
Berita Global
Kementerian Perindustrian Indonesia dalam satu kenyataan menyebut, usaha itu juga selaras dengan…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…