Ini kerana dalam satu kenyataan rasmi yang diumumkan Isnin lalu, Kawasaki dilaporkan akan melepaskan operasi perniagaan motosikal dan enjin sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat berkenaan.
Menurut Kawasaki, syarikat motosikal tersebut berharap langkah ini akan dapat meningkatkan lagi situasi kewangan sedia ada.
Jualan motosikal di Asia Tenggara dikatakan jatuh merudum akibat pandemik coronavirus, dan Kawasaki menjangkakan kerugian kos operasi sebanyak 5 billion yen untuk tahun perniagaan terkini.
Ia tidak bermakna Kawasaki akan terus menghentikan operasi perniagaan motosikal yang menjadi sebahagian daripada jenama Kawasaki itu sendiri.
Akan tetapi, perniagaan motosikal dan enjin akan diserahkan kepada sebuah syarikat baharu yang didedikasikan khusus untuk produksi motosikal, enjin, dan jentera off-road empat roda menjelang Oktober 2021.
Adakah syarikat yang dimaksudkan itu Modenas?
Sumber: NHK