COVID-19: Mahindra henti suntik dana SsangYong

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat konglomerat India Mahindra and Mahindra membuat keputusan untuk menghentikan segala aktiviti suntikan dana ke atas jenama Korea Selatan SsangYong Motor demi kelangsungan perniagaan ketika wabak coronavirus melanda dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada jumlah jualan Mahindra yang merosot teruk 88 peratus pada Mac lalu, syarikat itu turut meminta SsangYong untuk mencari alternatif bagi meneruskan perancangan perniagaan.

Mahindra pada ketika ini memegang kira-kira 74.65 peratus pegangan saham di dalam SsangYong Motor.

Berita mengejutkan ini hadir dalam tempoh kurang dua bulan selepas syarikat konglomerat India itu mengumumkan suntikan dana sebanyak $423 juta untuk menaikkan kembali jenama SsangYong menjelang tahun 2022.

Jenama SsangYong tidaklah sehebat dua jenama besar yang hadir daripada Korea, malah menurut data JATO Dynamics untuk tahun lalu mereka hanya menjual kira-kira 14,627 unit kenderaan di Eropah, penurunan 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

 

 


Selain daripada SsangYong, Mahindra turut memiliki beberapa jenama besar seperti Automobili Pininfarina serta pembelian penuh Peugeot Scooters daripada PSA Group pada tahun 2019.

Hayat SsangYong yang nyawa-nyawa ikan itu berjaya diselamatkan oleh Mahindra pada tahun 2010, namun disebalik suntikan dana yang telah dilakukan, ia ternyata masih gagal untuk menaikkan semula imej SsangYong di mata dunia.

Sementara itu, Mahindra akan mempertimbangkan bantuan satu kali bernilai sehingga $32.34 juta dalam masa tiga bulan untuk membantu SsangYong meneruskan perniagaan dan mencari sumber kewangan yang lain dalam masa yang sama.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun disebabkan oleh masalah kewangan yang melanda serta imej yang teruk memaksa nama SsangYong…