COVID-19: MITI benarkan bengkel kenderaan, kedai tayar dan kedai alatganti beroperasi tapi perlu mohon izin

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) membenarkan bengkel-bengkel automotif, kedai tayar, pusat servis dan kedai alatganti beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut MITI, perkhidmatan selepas jualan adalah antara cabang industri yang dibenarkan untuk dibuka semasa PKP.

Ini termasuk kedai tayar yang memberikan perkhidmatan agar kenderaan boleh terus berada di atas jalanraya.

Syarikat pengangkutan logistik juga dibenarkan beroperasi sekiranya ia memberi sokongan kepada perkhidmatan selepas jualan. Contohnya, lori-lori yang menghantar stok alat ganti dan tayar.

Pusat alat ganti pula hanya dibenarkan beroperasi khusus untuk mengedar komponen tersebut. Selain dari skop itu, ia tidak dibenarkan. Contohnya, kedai modifikasi dan kustom atau kedai cat kenderaan.

Tujuan utama ialah untuk memastikan mereka yang perlu bertugas semasa PKP mempunyai kenderaan yang berfungsi sempurna. 

Apa pun, kesemua perniagaan ini perlu memohon dengan MITI untuk mendapat kebenaran beroperasi.

Lawat pautan di bawah untuk mendaftarkan permohonan anda.

https://application.miti.gov.my/login

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…