COVID-19: Pekerja ANA bakal ditawarkan cuti sabatikal sehingga dua tahun

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penerbangan Jepun All Nippon Airways Co bakal memperkenalkan sistem cuti sabatikal atau cuti tanpa gaji yang membenarkan para pekerjanya untuk mengejar kepentingan peribadi seperti melanjutkan pelajaran atau bekerja di syarikat lain selama dua tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah terbaharu yang dibuat oleh ANA itu merupakan satu perkara yang jarang sekali didengar di Jepun, bertujuan untuk mengurangkan kos operasi setelah ramai kru kabin direhatkan akibat virus COVID-19.

Menurut kenyataan terbaharu, lebih 15,000 pekerja ANA terdiri daripada juruterbang, kru kabin dan staf darat layak untuk memohon sistem sabatikal terbaharu itu dengan opsyen sehingga lima bulan, satu tahun, 18 bulan dan dua tahun.

Walaupun ia sebenarnya berstatus cuti tanpa gaji, ANA akan memberikan pampasan bernilai 200,000 yen (RM7,751) bagi mereka yang memulakan cuti sabatikal lebih daripada satu tahun bermula tahun ini.

 


Sebelum ini, ANA telah mempunyai sistem cuti untuk pekerja yang terlibat di dalam rawatan kesuburan, atau peluang melanjutkan pelajaran dengan syarat program itu mampu meningkatkan sumbangan mereka kepada syarikat.

Sistem sedia ada itu akan diintegrasikan ke dalam skim cuti sabatikal baharu itu, di mana para pekerja boleh meninggalkan tempat kerja tanpa menyebut sebab yang spesifik.

Terdahulu, ANA telah mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan penerbangan di 16 laluan antarabangsa bermula akhir Mac disebabkan penurunan permintaan daripada pelancong.

Antara laluan yang terjejas adalah penerbangan dari dari lapangan terbang Haneda ke Moscow, lapangan terbang Narita ke New York dan San Francisco, di samping mengurangkan penerbangan antara Haneda ke Bangkok dan dua lagi laluan berbeza.

Sehingga kini, ANA telah menghentikan lebih daripada 80 peratus penerbangan antarabangsa berbanding plan asal, namun syarikat itu akan mengekalkan pendekatan yang fleksibel kepada operasi semasa.

Syarikat itu juga akan mengurangkan lagi kos operasi dengan merehatkan perkhidmatan Boeing 777 lebih awal dan digantikan dengan Boeing 787 yang lebih efisien.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Melihatkan kepada keadaan tersebut, syarikat All Nippon Airways Co. (ANA) membuat keputusan untuk…
Berita Global
Syarikat induk kepada penyedia penerbangan All Nippon Airways Co itu menjangkakan jumlah pekerja…
Berita Global
  ANA, yang memiliki tenaga pekerja seramai 43,500 pada tahun lalu, merancang untuk mencapai…