COVID-19: Penerbangan ke Sabah, Sarawak hanya untuk kumpulan selesai kuarantin

oleh SALINA JALIL|
Penerbangan domestik hanya dibenarkan ke Sabah dan Sarawak seminggu sekali bagi membawa pulang kumpulan yang telah selesai menjalani kuarantin kembali ke negeri berkenaan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) dibenarkan beroperasi dan turut dibenarkan membawa penumpang yang selesai menjalani kuarantin bagi penerbangan yang transit di Kuala Lumpur untuk penerbangan sambungan ke Sabah dan Sarawak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, memandangkan penerbangan hanya seminggu sekali maka Kementerian Pengangkutan akan turut menyediakan penginapan untuk mereka yang sudah keluar dari pusat kuarantin untuk menginap sementara di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum penerbangan.

 

"Sebab itu, Kementerian Pengangkutan berpandangan selepas berbincang dengan kita untuk membenarkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak kerana kita tidak boleh biarkan mereka yang telah selesai kuarantin untuk tunggu sehingga 1 Mei," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

 

Beliau juga menjelaskan kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan penerbangan dua kali seminggu jika ramai yang telah selesai menjalani kuarantin.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…