Menurut presidennya, Khairul Annuar Abdul Aziz, ramai pemilik stesen itu mungkin tidak mempunyai kewangan yang mencukupi jika keperluan bahan api naik mendadak selepas PKP.
Kejatuhan harga bahan api serta penurunan jualan sehingga 70 peratus sejak PKP memberikan impak negatif kepada ahli-ahli persatuan tersebut.
Khairul juga mendakwa ramai pemilik stesen membeli bekalan bahan api mereka sebelum harga jatuh merudum, bermakna mereka rugi untuk setiap liter terjual.
Oleh kerana jualan yang merosot ketika PKP, bekalan mereka juga lambat untuk habis.
Khairul menerangkan bahawa setiap stesen petrol memerlukan antara RM150,000 hingga RM250,000 untuk membeli bekalan bahan api mereka.
Tanpa modal yang mencukupi, sukar untuk mereka membeli stok baharu jika keperluan meningkat.
"Sekiranya harga bahan api ditetapkan untuk satu tempoh dan bukan berubah mengikut harga mingguan, ia mampu menyelamatkan kami dan juga industri minyak dan gas," kata Khairul kepada FMT.
Khairul merumuskan bahawa industri minyak dan gas akan bergantung banyak kepada penjual bahan api di stesen petrol kerana industri penerbangan yang menjadi pelanggan utama mereka kini dalam kemerosotan kerana tidak boleh terbang.
* Laporan dari FMT