COVID-19: Peniaga di Kemaman dibenarkan COD tapi perlu patuhi syarat!

oleh SALINA JALIL|
Peniaga di Kemaman dibenarkan melakukan perkhidmatan penghantaran barang (COD) makanan atau barang keperluan tanpa perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan mengeluarkan surat kebenaran kepada peniaga yang ingin jalankan COD cuma mengenakan beberapa syarat yang wajib dipatuhi.

 

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Jawatankuasa Kerja Tindakan Kemaman sebelum ini, COD hanya dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini antara jam 7 pagi hingga 6.30 petang sahaja.

 

Menurutnya, individu yang menjalankan COD pula mesti patuh pada lencongan yang sudah ditetapkan PDRM dan diingatkan jangan sesekali menggunakan kemudahan 'fast lane' khas yang disediakan untuk ambulan dan petugas kesihatan.

 

"Selain itu, lokasi yang hendak dihantar antara 10 hingga 20 kilometer sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali melakukan COD merentasi daerah selain wajib mematuhi peraturan lalulintas seperti memiliki lesen memandu, memakai topi keledar serta tidak melakukan ubah suai kenderaan digunakan semasa melakukan COD.

 

"Kami hanya membenarkan seorang sahaja untuk menjalankan COD dan sekiranya ditahan dalam sekatan jalan raya, individu itu perlu menunjukkan bukti tempahan (lokasi pembeli dan bukti bergambar) selain wajib menunjukkan barang yang hendak dihantar kepada pihak berkuasa sekiranya diminta," katanya ketika dihubungi .

 

Hanyan berkata, peniaga yang melakukan COD perlu sentiasa berpakaian kemas (tutup aurat) selain memastikan memakai topeng muka dan sarung tangan serta selalu membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer.

 

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menafikan ada mengeluarkan arahan tidak membenarkan peniaga di daerah ini yang tiada lesen menyediakan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah sepanjang tempoh PKP seperti yang ditularkan di laman sosial sejak Selasa lalu.

 

Yang Dipertuanya, Jusman Ibrahim berkata, pihaknya tidak pernah menghalang peniaga termasuk peniaga yang masih tidak mempunyai lesen niaga untuk meneruskan perniagaan mereka sepanjang tempoh ini.

 

Sebelum ini, tular satu rakaman suara mengatakan peniaga tidak berlesen yang membuat COD ke rumah pelanggan tidak dibenarkan berbuat demikian sepanjang tempoh PKP ini.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…