COVID-19: Perkhidmatan tren KTMB dihentikan sementara waktu

oleh SALINA JALIL|
Ekoran perkembangan terkini wabak COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil inisiatif untuk menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara bandar dan negeri.


Pemberhentian perkhidmatan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 24 Mac (esok) sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar masih akan dijalankan seperti biasa.



"Hanya perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar sahaja yang akan beroperasi seperti biasa berbanding lapan kesemuanya sebelum ini," katanya.Tambahnya operasi KTM juga akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan Utara.


Turut terjejas perkhidmatan tren Skypark Link di antara stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan empat kitaran berbanding lapan sebelum ini.

Para penumpang yang sudah membuat tempahan boleh meminda tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang https://www.ktmb.com.my



KTMB juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat semasa operasi tren menerusi laman sesawang atau boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-2267 1200.

 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan pihak penyewa berkenaan telah mematuhi syarat ditetapkan…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…