“Bagaimanapun, penutupan kesemua jalan ini bukan satu ‘lockdown’ atau perintah berkurung kerana pengguna masih ada laluan alternatif lain ke pusat bandar Sungai Petani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, antara laluan yang ditutup atau dilencongkan adalah Jalan Alor Setar Butterworth (lampu isyarat TF Mart) dari arah selatan ke utara dan dari arah utara ke selatan (lampu isyarat Lencong Timur).
Jalan lain membabitkan Jalan Lencong Barat dari arah Lencong Barat di lampu isyarat TF Mart ke Bandar Sungai Petani.
Selain itu, Jalan Ria dari arah Taman Ria, Jalan Sekerat dari arah Pekan Lama, lampu isyarat Institut Kemahiran Mara (IKM) dari Jalan Kelab Cinta Sayang dan Jalan Jambatan Semeling dari arah Sungai Layar Hujung dan dari arah Semeling turut ditutup.
Adzli berkata, laluan alternatif yang boleh digunakan adalah seperti dari arah utara ke selatan atau ke pusat bandar boleh melalui Jalan Lencong Timur manakala bagi laluan dari arah selatan ke utara atau ke pusat bandar boleh menggunakan Jalan Lencong Barat.
“Pengguna jalan raya dari Tanjung Dawai, Merbok, Semeling hendaklah melalui jalan utama Semeling Bedong untuk ke Gurun dan Pusat Bandar.
“Bagi pengguna dari arah utara dan selatan untuk ke Tanjung Dawai, Merbok dan Semeling hendaklah melalui jalan utama Bedong Semeling,” katanya.
Pihaknya berharap semua pengguna jalan raya dapat memberi kerjasama dan mematuhi arahan bagi melancarkan pergerakkan lalu lintas.
“Sebarang pertanyaan boleh berhubung bilik gerakan Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 044299058,” katanya.