Penangguhan ini melibatkan kesemua plaza tol sistem tertutup di PLUS dan LPT2 berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Sehubungan dengan itu, kesemua sistem ujian berkaitan sistem tersebut dihentikan buat sementara waktu demi menjaga keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS, serta pengguna lebuh raya.
Kerja-kerja persiapan akan disambung semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, menyaksikan kesemua 83 buah plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tol RFID.