COVID-19: Renault mungkin terpaksa hentikan produksi Alpine A110

oleh Mohamad Hanif|
Kesan yang ditimbulkan oleh wabak COVID-19 bukan sahaja memberikan impak yang besar terhadap syarikat-syarikat automotif utama dunia, malah ia lebih memberikan kesan yang ketara kepada syarikat kecil yang baharu sahaja naik, seperti Datsun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, rakan sepakatan kepada Nissan, Renault turut sama terkesan dengan impak yang ditimbulkan oleh COVID-19 sehingga memaksa syarikat Perancis tersebut mengemukakan pelan penstrukturan semula yang bakal melenyapkan jenama Alpine.

Menurut laporan daripada Automotive News Europe, Renault dilaporkan akan menutup beberapa buah kilang pemasangan dan salah sebuah daripadanya adalah Dieppe, Perancis yang kini memasang kereta sports Alpine A110.

 


Penutupan ini bakal menoktahkan penghasilan Alpine A110 hanya selepas tiga tahun diproduksikan selepas pengenalan buat kali pertama di Goodwood pada tahun 2017.

Kilang Dieppe yang memasang Alpine A110 itu mempunyai kekuatan pekerja seramai 400 orang dan merupakan salah satu kilang terkecil yang dimiliki oleh Renault.

Tiada sebarang pelan untuk memindahkan produksi Alpine A110 ke kilang lain diumumkan buat masa ini.

 


Apatah lagi langkah terbaharu ini terpaksa dibuat setelah beberapa bulan Renault memperkenalkan Alpine A110 Legende GT yang dihadkan kepada 400 unit sahaja.

Tiada pilihan, kerana Renault kini mahu menjimatkan kira-kira €2 billion (RM9 billion) daripada kos operasi global, kesan daripada wabak COVID-19.

Perancangan penuh bakal diumumkan oleh Renault pada 28 Mei ini.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…