COVID-19: Restoran di Kuching hantar makanan guna Ferrari F430

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah restoran di Kuching menjadi popular kerana menggunakan sebuah Ferrari F430 untuk menghantar pesanan makanan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Southbank Grill & Chill yang terletak di Kuching mengambil pesanan menggunakan perkhidmatan Whatsapp dan juga dari Facebook mereka.

Menurut laporan dari media UK, Daily Star, restoran itu menggunakan Ferrari tersebut sebagai promosi dan digunakan di dalam video-video TikTok mereka untuk setiap pesanan yang dihantar menggunakan Ferrari itu.

 

 

Menurut jurucakap Southbank Grill & Chill, pendapatan restoran itu menurun 95 peratus selepas arahan PKP tetapi kempen Ferrari melalui TikTok membantu meningkatkan prestasi restoran itu.

"Walaupun tidak setinggi semasa sebelum PKP, namun ia membantu juga untuk restoran mendapatkan pendapatan," ujarnya.

Ferrari itu akan hanya menghantar makanan untuk pembelian minima RM100. Untuk membuat tempahan makanan, Whatsapp mereka di https://wa.me/60138128181

 

* Kami bertanyakan samada ini restoran berstatus halal atau tidak dan di bawah ialah jawapan mereka.

"hi we serve no pork and lard, our executive chef is malay. We do have many malay customers also.

However we did not apply jakim cause we serve alcohol and wine, hope the above clarify and hope to see you soon ?"

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…