Bertempat di Taman Tasik Taiping, Perak, acara tersebut berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 buah kereta jenis Honda City.
Sementara itu, pada 24 November yang lalu, kedua-dua kelab tersebut berjaya menganjurkan satu lagi perjumpaan bersama Haluc City Club Malaysia (HCC) dan Sahabat Bezza Merah (SBM) yang digelar sebagai Nasi Bamboo Roadtrip 2.0.
Acara yang melibatkan hampir 100 buah kereta itu berjaya mengambil tempat di Nasi Bamboo Sg. Klah, Kampung Buloh Telor.
Saksikan kemeriahan kedua-dua acara tersebut menerusi galeri gambar di bawah.