Crossover kecil Renault Kiger rasmi dilancarkan di India

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, Renault telah memperlihatkan sebuah model konsep crossover aras mula Kiger Concept yang bakal berentap di bawah segmen SUV sub-4 meter di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Kiger tersebut akhirnya rasmi dilancarkan dalam versi produksi sebenar, di mana ia diposisikan ditengah-tengah antara model Kwid dan Triber dengan jarak antara roda sepanjang 2,500 mm.

Renault Kiger dibangunkan atas pelantar CMFA+ (berkongsi dengan Triber) dan ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu enjin 1.0 liter NA (72 PS/96 Nm) dan enjin turbo 1.0 liter dengan angka output 100 PS dan 160 Nm.

 


Kedua-dua didatangkan dengantransmisi manual lima nisbah kelajuan, atau pilihan transmisi automatik untuk enjin NA serta transmisi CVT untuk enjin turbo.

Berbanding Kiger Concept yang menampilkan rekaan yang agak menonjol, tona tersebut akhirnya diturunkan pada model produksi sebenar Kiger, akan tetapi masih lagi menampakkan rekaan yang agresif.
 

 


Penampilan yang atletik itu dimulakan dengan rekaan bampar hadapan yang agresif, rekaan lampu berlapis, gril hadapan tipikal Renault, rekaan lampu belakang berbentuk C, serta penampilan warna dua tona.

Rekaan luaran Renault Kiger ini dilengkapkan dengan pemasangan cladding plastik di sekeliling badan.

 


Rekaan ruang kabin Kiger ini banyak berkongsi komponen dengan model-model Renault dan Dacia, menampilkan roda stereng dengan butang fungsi, skrin infotainmen jenis terapung bersaiz lapan inci, sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta skrin kluster 7 inci yang boleh disesuaikan.

Selain daripada itu, kelengkapan lain termasuklah slot pengecasan peranti pintar nirwayar, sistem pendingin hawa automatik dengan penapis PM2.5 Clean Air Filter, sistem audio premium dan kemasukan tanpa kunci.

 


Walaupun dimensi yang agak kecil, Renault Kiger mampu menawarkan ruang kargo sebesar 405 liter yang boleh ditambah menjadi 879 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Versi yang diperlihatkan kali ini merupakan sebuah model konsep, namun versi produksi dikatakan…