Crossover wagon - model anti-SUV paling berjaya di Amerika Syarikat!

oleh Mohamad Hanif|
Demam SUV dan crossover sememangnya merupakan satu fenomena yang membuatkan para pengeluar yang sinonim dengan sedan pening kepala apabila jumlah jualan SUV jauh mendahului model-model sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, dalam satu penemuan terbaharu yang dibuat oleh Car and Driver, laman automotif itu mendapati rakyat Amerika juga gemar memilih untuk membeli wagon yang lebih 'rugged', atau dalam bahasa ringkasnya crossover wagon. 

Model yang manakah diklasifikasikan sebagai crossover wagon? 

 


Contoh paling mudah, Volvo V90 Cross Country, Volvo V60 Cross Country, Volkswagen Golf Alltrack, Audi A4 Allroad dan Subaru Outback (sekadar menyebut beberapa jenama). 

Berdasarkan data jualan di pasaran tersebut tahun lalu, lebih daripada 216,000 unit wagon terjual dan 196,000 daripadanya merupakan model crossover wagon. 

Daripada jumlah itu, Subaru nampaknya mendominasi segmen tersebut dengan tidak kurang daripada 180,000 unit berjaya dijual untuk tempoh tersebut.

 


Volvo pula berjaya menjual 2,800 unit Volvo V60 dan Volvo V90 Cross Country, berbanding model wagon biasa sebanyak 1,400 unit, manakala Volkswagen Golf Alltrack pula terjual lebih daripada 6,200 unit berbanding Golf Sportwagen (kurang daripada 5,000 unit). 

Namun, angka ini sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan segmen yang lebih popular, iaitu SUV dan trak. 

Untuk tempoh yang sama, segmen SUV dan trak berjaya mencatatkan angka jualan mencecah lebih 12 juta unit setahun!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model standard, Levorg Layback 2024 telah diberikan elemen rekaan crossover termasuklah…
Berita Global
Model crossover wagon ini seperti biasa, disasarkan kepada golongan pelanggan yang 'benci SUV',…
Berita Global
Perubahan kecil boleh dilihat menerusi rekaan muka depan di mana ia kini menampilkan penambahan…