Crown generasi baharu bakal digelar Crown Sedan Plus

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: BestCarWeb
Toyota sebelum ini dilapor akan melancarkan generasi baharu Crown dengan dua bentuk badan yang berbeza, iaitu sedan dan juga SUV.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Menurut informasi terbaharu daripada BestCarWeb, sedan generasi ke-16 itu akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Julai 2022 dengan membawakan konsep yang ternyata berbeza daripada pendekatan terdahulu.

Laman web Jepun itu mendakwa Crown baharu ini akan digelar sebagai New Crown Sedan Plus, dengan konsep sedan mewah jenis fastback.
 

Crown


Toyota Crown generasi baharu ini akan dibangun berdasarkan platform TNGA dengan dimensi sepanjang 4,930 mm x 1,840 mm x 1,540 mm, atau 20 mm lebih panjang, 40 mm lebih lebar dan 80 mm lebih tinggi berbanding generasi terdahulu.

Namun begitu, jarak antara roda dipendekkan kepada 2,850 mm.

Disebabkan oleh bentuk badan fastback, ruang storan di bahagian belakang dikatakan agak terhad, namun masih lagi mampu memuatkan sehingga tiga beg golf saiz standard.
 

Crown


Unit trenkuasa hibrid yang bakal digunakan terdiri daripada enjin empat silinder 2.5 liter aspirasi natural, dan enjin 2.4 liter turbo, di mana pilihan transmisi pula adalah jenis CVT untuk enjin 2.5L hibrid, atau automatik untuk 2.4L hibrid.

Menurut laporan itu lagi, sedan baharu ini akan dipasarkan bukan sahaja di pasaran domestik Jepun, malah untuk pasaran seperti Eropah, Amerika Utara, China, Asia dan Timur Tengah.
 

Crown


Tidak ketinggalan, sistem keselamatan Toyota Safety Sense versi terkini akan turut dimuatkan pada Crown generasi baharu, dengan harga jualan dikatakan mampu mencecah 7 juta yen untuk varian tertinggi (RM228,282).

Untuk Crown generasi baharu ini, Toyota juga merancang untuk memperkenalkan beberapa bentuk badan yang berbeza, seperti crossover SUV seperti yang dilapor sebelum ini, dan tidak ketinggalan model station wagon!

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dengan memiliki edisi ini, pemilik tidak perlu ke kedai balutan untuk mendapatkan warna badan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…