Cruiser boxer BMW R18 rasmi dilancarkan - bermula dari RM2,411 bulanan

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model cruiser boxer terbaharu BMW R18 setelah tempahan dibuka kira-kira tiga bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah cruiser BMW yang sebenar yang diinspirasikan daripada model klasik R5, BMW R18 dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder sejukan udara bersesaran 1,802 cc yang mampu menyalurkan kuasa 91 hp, dan tork maksimum 158 Nm serta kelajuan tertinggi 180 km/j. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac kering enam kelajuan.

 


Sistem pencucuhan pula menggunakan ciri percikan berkembar yang membantu sistem suntikan bahan api elektronik yang menjanjikan penggunaan bahan api serendah 5.6 liter/100 km.

Sistem suspensi pula adalah jenis fork teleskopik klasik dengan sarung fork dan strut cantilever manakala di bahagian belakang pula dalah jenis steel swinging fork dengan strut hentakan tengah.
 


Aspek pemberhentian pula diserahkan kepada angkup brek empat omboh dengan dua cakera 300 mm di hadapan dan cakera tunggal di bahagian belakang, serta dibantu kdengan Integral Anti-lock Braking System, Automatic Stability Control (ASC).

Tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Rock, Roll dan Rain.

BMW R 18 untuk pasaran Malaysia boleh didapati dalam versi First Edition, lengkap dengan Welcome Pack R18 yang datang dari Jerman, terdiri daripada logo BMW lama, pemutar skru, dan topi khas BMW. 

 


BMW R 18 didatangkan dengan logo First Edition dengan rekaan pin stripe di atas permukaan hitam berkilat, diikuti dengan layangan warna krom pada handle bar, shifter, pelitup hujung pemegang, penutup kepala silinder dan juga di bahagian kemasukan udara.

Membantu tunggangan pada waktu siang dan malam adalah kehadiran lampu LED depan dan belakang serta lampu membelok.

Harga jualan BMW R 18 First Edition bermula dari RM149,500 atau bulanan serendah RM2,411 menerusi pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia yang tertakluk kepada pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.