CRV bawa ganja RM1.2 juta terbabas masuk tali air

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Kelantan merampas dadah yang disyakki dari jenis ganja dengan nilai anggaran R<1.23 juta dalam satu insiden di Kampung Lambor, Wakaf Bharu, Kelantan malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Mohammad Piah, sebuah Honda CR-V dikesan oleh anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Tumpat pada jam 9.50 malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenderaan tersebut gagal berhenti bila diarahkan dan sebaliknya ia terus memecut selaju mampu untuk sebuah CR-V.

Honda tersebut akhirnya terbabas dan terhumban ke dalam tali air di lokasi kejadian selepas berlaku satu sesi kejar mengejar.

Saspek bagaimanapun melarikan diri menaiki sebuah motosikal berwarna biru. Pihak polis berjaya mengejar dan menangkap penunggang motosikal itu tetapi pemboncengnya berjaya meloloskan diri ke dalam semak.

Pemeriksaan pihak polis IPD Tumpat pada CR-V itu mendapati sejumlah 494 bungkusan kertas berwarna keemasan berisi ketulan mampat yang disyaki ganja.

Berat kesemua bungkusan itu ialah 494 kg dan anggaran nilai pasaran untuk barangan narkotik itu ialah sekitar RM1,235 juta.

* Laporan penuh di MalaysiaKini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, lelaki itu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah. Ketua Polis…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan, Munzir Azmeer Abd Rahim, 28, didakwa memiliki tumbuhan kering disyaki…
Berita Domestik
  “Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu polis menemui satu bungkusan plastik berwarna putih…