Cuba selamatkan kereta Honda FD dalam kebakaran, seorang lelaki melecur

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari JBPM
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di Pasir Puteh pada Khamis.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.30 pagi itu melibatkan kebakaran garaj dan turut sama memusnahkan kereta Perodua Kelisa, Viva serta motosikal jenis Honda CDi dan Ex-5.

Pemilik rumah, Rosnani Yusof, 66, berkata, semasa kejadian dia bersama dua anak dan menantu serta tiga cucu sedang lena tidur sebelum terdengar bunyi seakan letupan mercun.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Saya bangun dan membuka tingkap bilik melihat api sedang marak di kawasan garaj kereta.

"Terkejut dengan kejadian itu saya menjerit api..api..mengejutkan ahli keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, menantu, Afendi Mat Zain, 35, telah menyelamatkan kereta miliknya daripada musnah, tetapi disebabkan api di bahagian atas bumbung kenderaan tersebut sedang marak, dia mengalami kecederaan.

Ujarnya, bahagian belakang serta tangan Afendi telah melecur dan kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

garaj

Rosnani memberitahu, dia juga membantu anaknya yang lain menolak kereta jenis Mitsubhisi Expander dan ia berjaya diselamatkan walaupun turut terbakar 20 peratus.

Menurut dia, kebakaran tersebut berlaku cukup pantas dan garaj berkenaan musnah sepenuhnya.

"Dua buah kereta serta motosikal semuanya musnah.

"Bagaimanapun kami bersyukur api tidak merebak ke bahagian kediaman lain," katanya.

Dia memberitahu, punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Fung…
Berita Domestik
Katanya, keputusan sepakat perlu dibuat bagi mengelak sebarang masalah berlaku di kemudian hari dan…
Berita Domestik
Selain itu, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang…