Cukai jalan, insurans van sekolah terbabas tamat tempoh

oleh SALINA JALIL|
Cukai jalan dan insurans van sekolah membawa murid yang terbabas dalam parit di Jalan Pinang Tunggal dekat Sungai Petani, hari ini (Selasa) didapati tamat tempoh sejak Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pemandu van sekolah terbabit bagaimanapun mempunyai lesen memandu yang sah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Siasatan mendapati van dipandu lelaki berusia 43 tahun berkenaan membawa 16 murid berusia tujuh hingga 12 tahun.

 

"Van berkenaan dalam perjalanan dari Taman Sejati menghala ke Sekolah Kebangsaan Agama SK (A) Al-Islah Pinang Tunggal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan patah tangan kanan, manakala 15 lagi kanak-kanak cedera ringan selepas van sekolah dinaiki terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu dekat sini, kira-kira jam 7.40 pagi tadi.

 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pemandu van berkenaan cedera ringan di kepala.

 

Van sekolah terbabit terbabas ke dalam parit di bahu jalan, tetapi tiada mangsa yang tersepit.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Kata beliau, pihaknya mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata,…
Berita Domestik
  Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Johor, R Thiagarajan yang juga pengusaha…