Cukai perkhidmatan naik, harga tambang feri Marina Island tetap kekal

oleh Hamimah Hamid|
TAMBANG feri di Marina Island tidak akan dinaikkan walaupun cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi berkata, bagi menggalakkan lebih ramai pelancong ke pulau itu sempena Tahun Melawat Perak 2024, syarikat terbabit akan mengekalkan harga tambang feri termasuk penginapan dan perkhidmatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kami tidak akan menaikkan harga, sebaliknya syarikat akan menyerap segala peningkatan kos operasi.

“Jadi sudah pasti lebih ramai pelancong akan datang ke sini ,” katanya.

 Menurut Mei Looi, dalam tempoh setahun pulau buatan itu menerima kira-kira 800,000 hingga sejuta pengunjung bagi menikmati semua perkhidmatan disediakan.

"Bagi suku pertama tahun ini terdapat peningkatan susulan kempen Tahun Melawat Perak dan kita menjangkakan ia akan terus rancak sehingga hujung tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel di Manjung.

Mencipta kelainan untuk bufet Ramadan nya untuk tahun ini, hotel terbabit menyediakan satu menu baru kepada pengunjung iaitu hidangan ikan siakap dan Ikan Alu-alu (barracuda) bersaiz gergasi yang dipanggang.

Kambing yang dibakar segar setiap hari

Hidangan ikan gergasi seberat empat hingga enam kilogram yang dibakar setiap hari bersama kira-kira 100 hidangan lain yang menjadi tarikan di Terumbu Cafe yang dapat memuatkan 250 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan itu dijual pada harga RM86 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bermula 16 Mac hingga 7 April ini, di samping menjamu selera hadiah menarik cabutan bertuah menanti tetamu yang berkunjung setiap hari.