Culas bayaran ansuran bulanan, pengusaha premis jualan motosikal hadapi kerugian

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, malah turut menyebabkan pengusaha premis menjual motosikal dihimpit kebimbangan.


Hal ini kerana sebahagian pembeli motosikal gagal membayar ansuran bulanan kende­raan itu biarpun hanya serendah RM150 sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lebih memeritkan, terdapat pemilik kedai menjual motosikal di negeri ini yang berdepan kerugian selepas ada pembeli tidak membayar ansuran bulanan selama hampir setahun.

 

Seorang pengusaha premis menjual motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Tat, 41, berkata, sebanyak 50 peratus pelanggannya didapati gagal melunaskan pembayaran bulanan bagi pembelian motosikal sejak PKP pada Mac tahun lalu.

 

Menurutnya, pelbagai kaedah seperti menghubungi pelanggan terbabit pada setiap bulan termasuk menghantar notis tunggakan bayaran ke rumah telah dilakukan, namun sehingga kini masih tiada sebarang pembayaran diterima.

 

“Kebanyakan daripada mereka adalah pelanggan motosikal berkapasiti 125 hingga 150cc se­perti Yamaha Lagenda, Y15, Honda RS dan Dash yang berusia antara 20 hingga 40-an serta bekerja sebagai operator kilang dan swasta.

 

gambar hiasan

 

Mereka memberi alasan sama iaitu elaun kerja dipotong dan tiada kerja lebih masa ekoran PKP akibat pandemik Covid-19,” katanya  semalam.

 

Jelas Ah Tat, menyedari per­kara tersebut, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan me­lanjutkan tempoh bayaran ansu­ran selama 60 bulan tanpa dikenakan sebarang kadar faedah.

 

“Biarpun berdepan masalah pembiayaan pinjaman dengan pihak bank, namun kami tetap prihatin dengan nasib yang dialami pelanggan yang terkesan ketika ini.

 

“Tiada notis penarikan motosikal dikeluarkan kepada pelanggan yang tertunggak bayaran ansuran berbanding sebelum PKP apabila notis dikeluarkan selepas bulan ketiga,” ujarnya lagi.

 

Sementara itu, seorang lagi pengusaha yang juga mahu di­kenali sebagai Eric Tan, 43, pula memberitahu, perniagaannya ki­ni berdepan kerugian teruk ber­ikutan kegagalan pelanggan melunaskan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan.

 

“Ada yang langsung tidak membayar ansuran bulanan selepas tiga bulan membelinya sehinggalah PKP dilaksanakan pada Mac tahun lalu dan berlarutan sehingga kini tanpa sebarang maklum balas,” tambahnya.

 

 

Kosmo