CUPRA Leon Competición 2.0 TFSI 340PS 410Nm, khas untuk litar sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
CUPRA Leon Competición
CUPRA Leon Competición
CUPRA adalah sebuah subsidiari kepada SEAT yang berasal daripada Sepanyol. Ia ditubuhkan pada 1985 dan terlibat dalam sukan permotoran seperti rali dan perlumbaan kereta penumpang (touring).

Pada 2018, SEAT menjadikan SUPRA sebagai jenama bebas dan mempunyai model berprestasinya sendiri.

Sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel mengenai SUV CUPRA Ateca LE yang berkuasa tinggi.

Sebagai jenama model berprestasi, CUPRA mempunyai tawaran kepada pasukan yang ingin berlumba di litar.

Ini jawapannya, CUPRA Leon Competición yang dibina khusus untuk siri TCR di serata dunia atau perlumbaan endurans.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
CUPRA Leon PHEV 
CUPRA Leon PHEV 

 

Leon Competición ini dibina dari model jalanan CUPRA Leon dengan perubahan yang jelas pada bahagian luaran untuk kecekapan aerodinamik dan meningkatkan daya mendapan (downforce).

Nadi utama Leon Competición ialah enjin 2.0 liter TFSI turbo yang menghasilkan 340PS pada 6,800 rpm dan daya kilas 410Nm.

Enjin itu dipadan dengan transmisi perlumbaan Hewland enam kelajuan sequential dan mempunyai daya pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat dan kelajuan maksimum 260 km/j.

Struktur casis dan geometri boleh ditala mengikut pelbagai jenis keadaan perlumbaan.

Gandarnya menggunakan komponen ringan untuk pembahagian berat lebih baik ke seluruh kereta.

 

CUPRA Leon PHEV
CUPRA Leon PHEV 

 

Gantungan depan menggunakan set MacPherson dengan tinggi, camber, toe dan caster boleh laras.

Suspensi multi-link belakang turut boleh dilaras pada bahagian tinggi camber, toe and track. 

Tidak terkecuali untuk larasan ialah rollbar depan dan belakang.

Kepada yang berminat dan berhajat, tempahan CUPRA Leon Competición sudah dibuka dan menariknya boleh dibuat melalui dalam talian.

Kaedah tersebut adalah yang pertama untuk kereta lumba penumpang dan kesemua unit pra tempah akan diserah secara eksklusif di ibu pejabat CUPRA bermula April depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

CUPRA_Leon_Competición_02

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Aerodinamik sesebuah kereta tidak hanya mempengaruhi prestasi tetapi juga penggunaan bahan api…